Salam, bertemu lagi kita di persada maya ini dan terdetik di hati penulis untuk membicarakan senario politik di Selangor dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini dan hubungkaitnya dengan pentadbiran kerajaan PR di Selangor.
Mungkin ada di antara kita masih kaget dengan isu pengangkapan seorang ulama' muda oleh sebuah agensi penguatkusaan di Selangor baru-baru ini tetapi kita mungkin terlupa ini bukannya serangan peluru yang pertama oleh pihak musuh untuk memporak-perandakan kerajaan PR Selangor.
Ada sahabat-sahabat yang bertanya, kenapa saya sangat mempertahankan kerajaan PR Selangor dan agensi penguatkuasaannya, jawapannya mudah ini percaturan politik pihak musuh dan sebagai pemain politik saya melihat dengan cara bacaan politik juga dan bukan apa seperti yang difikirkan oleh sahabat-sahabat.
Untuk memahami dengan jelas kita harus memahami konsep undang-undang perlembagaan, dalam sesebuah negeri Raja atau Sultan adalah ketua kerajaan secara monarki, pentadbiran kerajaan negeri diketui oleh seorang Menteri Besar dan dibantu oleh ahli majlis mesyuaratnya, pengurusan kerajaan negeri diketui oleh seorang Setiausaha Kerajaan Negeri dan di bawahnya organisasi pentadbiran terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri, agensi-agensi dan badan-badan berkanun.
Tentu saudara-saudari belum nampak bacaan saya setakat ini apakah motif penulisan ini diutarakan?. Di bawah pentadbiran kerajaan negeri melalui pentadbiran agama Islam dan adat Istiadat Melayu dipengerusikan oleh DYMM Sultan dan dibantu oleh Exco berkenaan dan YDP Majlis Agama Islam sebagai setiausaha. Maka, apa-apa Enakmen yang telah digubal dan diwartakan telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan termasuklah isu "Tauliah" mengajar agama di sebuah negeri jelas termaktub peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam sesebuah negeri.
Jadi, tidak timbul isu yang dibangkitkan sama ada "Tauliah" itu boleh dipertikaikan, mempertikaikannya seolah-olah kita menghina KDYMM Tuanku Sultan dan kemuliaan DUN tersebut. Sebab itu saya tekankan, jika kita bukan ahli layak bercakap soal perundangan dan perlembagaan, jangan kita bercakap sembarangan takut-takut kita tersilap mengungkapkan kata-kata dan mengundang penghinaan kepada Undang-undang itu sendiri.
Majlis Agama Islam negeri adalah suatu badan yang mengawal polisi pentadbiran undang-undang Islam sesebuah negeri, Jabatan Agama Islam sebagai jabatan yang mentadbir pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang tersebut, melalui agensi penguatkuasaanya dan peruntukan undang-undang yang sedia ada, tindakan penguatkuasaannya adalah sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang.
Saya bawa lagi ke hadapan untuk saudara-saudari perlu faham, Selangor salah sebuah negeri yang ditawan oleh pembangkang selain Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, maknanya Selangor adalah negeri pembangkang sebagai kerajaan. Faham?...JAIS adalah agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri Selangor. Faham...ini bermakna sama ada saudara-saudari setuju atau tidak dengan saya, apa tindakan JAIS sama ada secara restu atau tidak daripada kerajaan Selangor terutamanya EXCO yang menjaga hal ehwal Agama Islam, adalah tindakan kerajaan negeri. Faham?...Soal tindakan itu wajar atau tidak bukan kita yang selayaknya membuat keputusan, kita ada Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes syariah untuk memutuskan betul atau salah.
Peruntukan undang-undang itu sedia ada di bawah Enakmen, perlaksanaannya mungkin ada kelemahan dan kekurangan tetapi ini bukan menjadi alasan kepada kita untuk menyerang, menghentam dan memaki hamun tindakan penguatkuasaan. Apabila kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah di Selangor dan lebih-lebih lagi EXCO Agama, kita menyerang membabi buta tindakan penguatkuasaan, tindakan ini seolah-olah kita mengetuk kepala kita sendiri dengan secara tidak lansung menyerang kerajaan PR Selangor. Faham...Saya mungkin tidak bersetuju kaedah perlaksaanan pengutkusaan, tetapi saya tidak boleh menghentam penguatkuasaannya, apabila saya berbuat demikian secara tak langsung saya akan bersama musuh menyerang kerajaan PR Selangor terutamanya EXCO Agama yang bertanggungjawab di pihak parti saya. Faham?...
Kalau dah faham sebab itu dari awal saya kata jangan tergopoh-gopah menghentam JAIS tanpa menggunakan akal fikiran dan pertimbangan politik yang bijak, musuh bermain politik secara kotor, kita berperang politik bukan berperang dakwah, ada yang kata tak ada akhlak, ini bukan soal akhlak syeikh, ini soal percaturan politik kotor pihak musuh, sebab ilmu politik ini bukan seperti ilmu dakwah yang semua boleh miliki, ilmu politik melalui pengalaman seperti kata TGNA. Bila musuh memasang perangkap untuk memperlekehkan JAIS, ahli jamaah kita turut terpedaya dengan gendang rentak tari musuh menghentam agensi pengutkuasaan dan musuh pun bertepuk tangan, cuba tengok telah berjaya perancangan kita, orang-orang jamaah itu tu menghentam agensi kerajaan PR Selangor, semakin mudah perancangan kita untuk merampas kembali Selangor sebagaimana apa yang dilakukan di Perak.
Saya mungkin muda dengan politik, tetapi darah saya membesar dengan darah politik dan jamaah ini. Sedari kecil saya dibesarkan dengan idola saya TG Haji Yusof Rawa, Alamarhum Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor, TG Nik Abdul Aziz, dan TG Hj Abdul Hadi, saya mengkaji dan mentakwil ilmu politik melalui pengalaman bersama jamaah di peringkat pemuda, mungkin ada yang berkata hang ni kira politik sahaja tak dak benda lain, hampa juga lupa Nabi berpesan "Hendaklah kamu bersama jamaah Islam", nah bukankah berpolitik ini sunnah Nabi.Tanpa politik macam mana Nabi nak tubuh negara Islam Madinah, mentadbir sebuah negara Islam pertama di dunia, menyusun pentadbiran dan kerajaan Islam, membentuk Sahifah Madinah (sebuah undang-undang bertulis pertama di dunia), mengatur angkatan peperangan menentang musuh Allah dan sebagainya lagi.
Perlu dijelaskan di sini, jamaah kita sebahagian daripada kerajaan PR Selangor, apa-apa tindakan agensi di bawah kerajaan negeri sama ada secara restu atau tidak adalah tindakan kerajaan negeri. Sanggupkah kita menikam saudara kita sendiri dengan menghentam agensi kerajaan negeri kita sendiri. Rasionalah wahai sahabat-sahabatku, pertajamkan ilmu politik kita dengan lebih mendalam, jangan kita terperangkap dengan mainan percaturan politik kotor pihak musuh yang bila-bila masa untuk menghancurkan pakatan kita.
Ada mungkin lupa sejarah, sebelum ini musuh kita telah menghantar peluru yang pertama kepada kerajaan PR Selangor untuk menghancurkan pakatan kita, serangan ditujukan kepada parti roket melalui EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kerajaan tempatan, isu penjualan arak secara terbuka menjadi bola tanggung untuk di"smash" kepada kerajaan PR Selangor, kita terkena. Nasib baik kebijaksanaan YAB MB dapat cool keadaan, musuh kecewa, diciptanya pulak peluru kedua, isu Kuil Hindu, habis kepala lembu diarak simbol bantahan, kebijaksanaan pemimpin PR Selangor sekali berjaya mematahkannya. Sekali lagi musuh kecewa.
Dicipta pulak serangan terbaru tangkapan ulama' oleh agensi penguatkuasaan dengan tujuan bola tanggung yang dilempar akn di"smash" rapat ke kepala EXCO Agama dari jamaah kita. Faham..., sama ada kita rela atau tidak rela, suka tidak suka, kita kena mempertahankan kerajaan PR Selangor dan agensinya dengan apa cara sekalipun. Sanggupkah kita kehilangan Selangor selepas Perak, sahabat-sahabat jawablah sendiri.
Buat yang menghentam saya kerana menyokong JAIS, terima kasih banyak-banyak kerana anda mungkin belum masak dan matang dalam budaya politik kotor, saya tidak kisah dihentam dan dimaki, tapi saya amat sedih sekiranya sahabat-sahabat menyerang agensi kerajaan PR Selangor, akhirnya kerajaan PR Selangor tumbang rebah kembali ke pangkuan musuh.
Buat sahabat-sahabat yang baru berjinak dengan politik, cuba belajar dan memahami bahawa politik Malaysia ini sangat unik, berlumpur, berkahak, berdaki dan penuh duri. Saya tidak mempertikaikan cara uslub dakwah dan pendekatan yang sahabat-sahabat sangka, tetapi politik secara total berbeza dan sangat berbeza-beza. Ilmu poltik melalui pengalaman, tidak diajar di kampus dan kolej, ilmu politik perlu dirasa bukan secara teori, ilmu politik perlu terjun ke dalam gelanggang politik bukan bercakap teori semata-mata, ilmu politik ada tipu helah bukan perlu nas yang qat'ie. Ilmu politik sentiasa mencari peluang dalam ruang yang sempit, ilmu politik tak dapat di masjid atau surau. Ilmu politik melalui penglibatan kita dengan politik itu sendiri.
Salam tajdid minda ke arah minda MALAYSIA BARU yang SEJAHTERA.
Alor Setar, Kedah.

2 ulasan:
bagus fikri, if that's the way, i have no other comment to make. i'm just a layman who see things thru my naked eyes and on the surface. ni kalau sembang ngan mahyudin might be kena gu dia. but most of the society are having the same view as mine I think. not everyone can see beyond that. so, how to let them know, to educate them? anyway, what are the differences between JAIS & MAIS? are they two different entities? or may be i'm wrong... teruskan menulis sahabat...
thanks MIN, shbt dan saudara yg memahami, MAIS dan JAIS adalah entiti yang berbeza, MAIS adalah entiti yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam sebagai badan yang mengawal, menggubal polisi dan dasar pentadbiran agama Islam sesebuah negeri, JAIK adalah entiti yang mengurus tadbir pentadbiran agama dan perlaksanaan, penguatkuasaan Undang-undang Agama Islam ssesbuah negeri termasuklah unit penguatkuasaan yang berada di bawah pentadbiran jabatan ini.
Post a Comment